PELAKSANAAN E-DAFTAR RENDAH, E-DAFTAR MENENGAH, SEKOLAH KAWALAN DAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH MENGGUNAKAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Pelaksanaan e-Daftar Rendah bagi kemasukan ke Tahun 1, e-Daftar Menengah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 permohonan atas talian bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tahun 2012 telah menggunakan data murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini Tuan/Puan selaku Guru Kelas dan Pengetua/Guru Besar perlu memastikan tindakan dan peranan Tuan/Puan dilaksanakan sebelum tarikh tutup pelaksanaan ini pada 30 Oktober 2012.
3.1 Tindakan Guru Kelas (sekolah rendah Tahun 6 sahaja)
- melaksanakan e-Daftar Menengah
- melaksanakan permohonan atas talian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan dengan mengemaskini maklumat akademik murid, mengemaskini permohonan yang dikemukakan oleh ibu bapa dan menyerahkannya kepada Pengetua/Guru Besar untuk pengesahan.
- memastikan guru kelas telah mengemaskini maklumat akademik dan menyerahkan permohonan atas talian kepada Pengetua / Guru Besar bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan;
- melakukan pengesahan terhadap semua permohonan atas talian untuk proses kelulusan bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan.
Sekian, terima kasih.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA