Saturday 10 November 2012

Penempatan Tingkatan 1 2013

Makluman.
Pengetua dan Guru Besar Daerah Melaka Tengah

Unit Pengurusan Sekolah telah selesai memproses penempatan pelajar Tingkatan 1 2013.

Tindakan Semua Pentadbir Sekolah Rendah:-

Semua surat penempatan boleh dicetak oleh sekolah rendah pada atau selepas 10 November 2012. Pihak sekolah diminta menyemak semula penempatan pelajar tingkatan 1 kerana terdapat beberapa perubahan yang telah dibuat. Pihak sekolah rendah diminta menyerahkan surat penempatan tingkatan 1semula ketika  UPSR diumumkan iaitu 19 November 2012. Tarikh pendaftaran ke sekolah menengah bermula dari 10 November - 27 November 2012.

Tiada Rayuan dibuat di sekolah rendah.

Bagi murid yang telah ditempatkan ke sekolah kelas peralihan sedang mereka layak ke tingkatan 1, pihak sekolah diminta menghantar nama pelajar mereka ke PPD Melaka Tengah secara manual. Gunakan borang seperti tahun 2011 dan senaraikan nama pelajar yang layak ke tingkatan 1 dan nama pelajar yang kekal ke kelas peralihan. Masalah teknikal ini masih belum diselesaikan oleh pihak KPM. Pihak sekolah diminta bertenang dan sentiasa menghubungi Unit Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan maklumat terkini atau  sentiasa melawati laman web Unit Pengurusan Sekolah, PPDMT bagi mengetahui maklumat terkini.

Tindakan Semua Pentadbir Sekolah Menengah:-

Diminta semua pentadbir sekolah memuat turun Manual Pengguna bagi proses pengesahan, rayuan dan pertukaran pelajar ke luar negeri.Ibubapa akan hadir ke sekolah menengah pada tarikh 10-27 November 2012 bagi proses pengesahan pendaftaran pelajar. Pihak sekolah diminta TIDAK MENGUTIP sebarang yuran ketika ini.

Semua proses rayuan dibuat di sekolah menengah. Sila beri kerjasama kepada semua pihak, Semua arahan mengenai keputusan rayuan akan diberitahu kelak dan jangan mencetak atau mengumumkan keputusan rayuan tanpa arahan dari PPD Melaka Tengah. Jangan sesekali arahkan ibubapa datang ke PPD bagi proses rayuan. Semua rayuan harus dibuat di sekolah menengah.

Pertukaran Pelajar Tingkatan 1 ke luar negeri pihak sekolah menengah boleh mengeluarkan Borang Pertukaran Pelajar Jadual Ketiga seperti biasa.

Sebarang masalah mengenai Penempatan Tingkatan 1 2013 sila hubungi Unit Pengurusan Sekolah PPD Melaka Tengah.

Pertukaran Pelajar Tingkatan 1 selepas proses rayuan ditutup hendaklah dibuat 2 minggu selepas sekolah dibuka tahun 2013.

Pihak sekolah yang menerima surat penempatan pelajar kelas peralihan sedangkan sekolah tersebut tiada kelas peralihan sila rujuk keputusan UPSR. Jika keputusan Bahasa Melayu Kefahaman dan Penulisan minima C mereka layak ditempatkan ke tingkatan 1. Jika salah satu keputusan kertas Bahasa Melayu gagal iaitu D atau E sila rujuk sekolah rendah mereka bagi menentukan mereka layak atau tidak ke tingkatan 1.

Bagi sekolah yang mempunyai kelas peralihan pula, sila semak sekolah rendah mereka sama ada mereka layak ke tingkatan 1 atau sila rujuk keputusan UPSR.

Proses menempatkan semula ke kelas peralihan akan dibuat oleh PPD Melaka Tengah secara manual.

Sila muat turun Manual Pengguna Penempatan Pelajar Tingkatan 1 2013 (Sekolah Menengah Sahaja)

Harap Maklum.