Friday 22 February 2013

PEMANTAUAN BAGI PROGRAM PEMANTAPAN PROFESION GURU DI MELAKA FASA 1


Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan pemantauan program yang tersebut di atas dari 18 – 22 Februari 2013 dan 25 Februari – 1 Mac 2013.

 Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon tuan mengambil maklum dan tindakan terhadap perkara berikut iaitu sampel kajian di sekolah ialah Pembantu Tadbir, 3 GPK dan 3 AJK iaitu responden yang dipilih semasa kajian pra pada tempoh hari dan perlu hadir pada masa lawatan. Untuk makluman tuan juga, kaedah pemantauan Fasa 1 adalah melalui temubual.

Surat rasmi telah diletakkan di peti surat sekolah masing-masing. Kerjasama dari tuan/puan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih