Thursday 14 March 2013

Bengkel Penyelarasan Data Operasi Sekolah Menengah

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian),
Daerah Melaka Tengah

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah, PPD Melaka Tengah akan mengadakan Bengkel Penyelarasan Data Operasi Sekolah Menengah OPMEN dan e-Operasi pada 19 Mac 2013 (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Makmal Komputer SK Ayer Keroh.

Oleh itu diminta PTPO (PT Data) hadir ke bengkel tersebut pada hari yang ditetapkan. Bagi sekolah yang tidak mempunyai PTPO bolehlah menghantar seorang guru data.

Urus setia bagi bengkel ini En. Norzufry Bin Ali, Unit Pengurusan Sekolah, PPDMT

Sekian, terima kasih.