Semua Pentadbir Sekolah
Daerah Melaka Tengah
Perkara 1 : Menggantikan Guru Yang Berpindah Sekolah, Bersara atau Kurang Guru
Dimaklumkan bahawa semua permohonan guru ganti bagi menggantikan guru yang berpindah sekolah, bersara atau kurang guru TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Semua permohonan yang telah dihantar tidak akan dilayan. Jika terdapat sekolah yang melantik mereka ini sebelum mendapat kebenaran dari PPD maka gajinya ditanggung sendiri oleh pihak sekolah.
Perkara 2: Pencalonan Guru Ganti dari Sekolah
Dimaklumkan bahawa jika terdapat pencalonan dari pihak sekolah, diminta pihak sekolah MEMASTIKAN bahawa guru ganti yang dicalonkan SUDAH mengisi borang permohonan menjadi guru ganti di PPD Melaka Tengah. Seterusnya nama tersebut hendaklah diisi pada borang KGSK-3 dalam ruang yang disediakan bersama No.Ahlinya sekali. Jika kegagalan berbuat demikian, pihak PPD akan menggantikan dengan calon lain. Sayugia diingatkan juga calon dari sekolah TIDAK SEMESTINYA dilantik oleh PPD.
Perkara 3: Surat Tawaran dan Pelantikan Sebagai Guru Gantian
Pastikan pihak sekolah menerima surat Tawaran dan Pelantikan Sebagai Guru Gantian selewat-lewatnya 2 minggu selepas guru ganti melaporkan diri di sekolah tuan. Kelewatan mendapatkan surat tawaran akan menyebabkan proses pembayaran gaji akan menjadi lewat.
Sebarang masalah berkaitan perkara di atas sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu En. Norzufry Bin Ali, Pegawai Khas KGSK.
Sekian, terima kasih.