Daerah Melaka Tengah.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah
perlu mengisi Keberadaan Guru di dalam sistem EMISONLINE dan mengesahkan
Keberadaan Guru tersebut setiap hari. Data keberadaan/kehadiran guru pada 31 Mac 2014 ini akan digunakan semasa Dialog Prestasi PPD yang akan diadakan pada 1 April 2014. Tempoh pengisian adalah seperti berikut :
2.1 Sekolah Sesi Pagi sahaja : Diisi sebelum jam 10.00 pagi setiap hari,
2.2 Sekolah Sesi Pagi dan Petang : Diisi sebelum jam 10.00 pagi untuk sesi pagi dan diisi sebelum jam 3.00 petang untuk sesi petang setiap hari.
3. Sebarang pertanyaan dan
permasalahan, sila hubungi En Norzufry Bin Ali (Pegawai Khas KGSK).
Kerjasama atas perkara di atas daripada pihak
tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan.