Thursday 24 July 2014

Pelantikan Guru Ganti

Semua Pentadbir,
Daerah Melaka Tengah.

Makluman perkara yang berkaitan dengan guru ganti.

Dimaklumkan, mulai 21 Julai 2014-1 Ogos tiada lantikan akan dibuat. Semua permohonan guru ganti akan diproses mulai 4-5 Ogos 2014 dan guru ganti akan mula berkhidmat pada 5 Ogos 2014.

Bagi sekolah yang gurunya terlibat dalam Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kujurulatihan Sukan (DAPJKS) 2014, sila hantar borang permohonan guru ganti dengan SEGERA sebelum 25 Julai 2014. Ini memudahkan penghantaran guru ganti pada 5 Ogos 2014.

Sebarang pertanyaan mengenai guru ganti sila hubungi pegawai KGSK En. Norzufry Bin Ali.

Harap maklum. Sekian terima kasih.