Thursday 16 October 2014

Bengkel DTP & Dialog Prestasi " Pemantapan Program Melindungi Masa Instruksional [MMI] di Sekolah

Semua Pentadbir Sekolah
Daerah Melaka Tengah

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah, PPD Melaka Tengah telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk melaksanakan DTP Fokus 4 iaitu Keberadaan Guru Di sekolah peringkat negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengadakan bengkel dan Dialog Prestasi tersebut yang melibatkan jemputan yang terdiri dari GPK Pentadbiran Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Melaka Tengah pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 November 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Blok C, Dewan Kuliah Titanium, Politeknik Merlimau, Merlimau Melaka

Bersama ini disertakan surat dan tindakan sekolah untuk dimuatturun.

Sila klik : Surat Panggilan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah
Sila klik : Surat Panggilan GPK 1 Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Sekian, terima kasih.