Sunday 2 November 2014

HEBAHAN PENGAMBILAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah

Tuan/Puan,

Permohonan secara online akan dibuka di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my mulai 3 November 2014 sehingga 14 Disember 2014. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada pelajar di sekolah masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh terus  menghubungi Tuan Hj. Che' Man bin Hamid di talian 04-7404032.


2.   Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan boleh memuat turun Surat Makluman dari KPM.


Sekian, terima kasih.