Monday 10 November 2014

Penempatan Tingkatan 1 2015

Semua Pentadbir
Daerah Melaka Tengah

Salam Sejahtera dan Salam 1M

Tatatacara Penemapatan Tingkatan 1 2015  Bagi Sekolah Menengah.

Makluman Tuan/Puan

Bagi memudahkan urusan tersebut pihak JPN Melaka membekal 2 borang dan satu jadual tentatif bagi melancarkan pendaftaran tingkatan 1 bagi sesi 2015.

  1. Sila ikut arahan pada Jadual Tentatif yang diberi. Mohon jasa baik pihak sekolah agar TIDAK MEMBENAR atau MENYURUH ibubapa datang ke PPD Melaka Tengah. Sebarang urusan harus dibuat di sekolah.
  2. Apabila ibubapa hadir, sila serahkan borang Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 (PMT-1) jika ingin terus melapor diri.
  3. Jika ibubapa ingin menukarkan anak di sekolah lain sila Serahkan Borang Rayuan Tingkatan 1 (RMT-1).
  4. JANGAN PROSES ONLINE pada masa itu juga atau dihadapan ibubapa. Ini kerana kemungkinan semasa proses secara online sistem tidak stabil menyebabkan ibubapa menunggu terlalu lama.
  5. Senarai Sepadu Murid Tingkatan 1 boleh dimuatturun di laman web APDM mengikut ID Sekolah.
Muatturun:

1. Jadual Tentatif perkara yang berkaitan dengan Penempatan Murid Tingkatan 1 2015
2. Borang Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 (PMT-1)
3. Borang Rayuan Tingkatan 1 (RMT-1)

Sekian, terima kasih.