Monday 4 March 2013

PENGEMASKINIAN DATA GURU DAN DATA SUBJEK SEKOLAH MENENGAH MELALUI DATA eOPERASI SECARA ATAS TALIAN (online)

Pengetua SMK Harian / SMBP / KV / SMT / SMKA / SABKM
Negeri Melaka
(untuk perhatian  : Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
(untuk tindakan   : Pembantu Tadbir Rintis N17 / Guru Data dan Maklumat / Penyelaras OPMEN)

MAKLUMAN PENGEMASKINIAN DATA GURU DAN DATA SUBJEK SEKOLAH MENENGAH MELALUI  DATA eOPERASI SECARA ATAS TALIAN (online)

SALAM BAHAGIA,.

Dimaklumkan bahawa PENGEMASKINIAN DATA OPERASI SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN melalui Modul e-Operasi telah dibuka mulai 01 Mac sehingga 31 Mac 2013.

2.            Tuan pengetua diminta mengarahkan SEMUA guru membuat pengemaskinian Data Profil Guru dalam sistem e-Operasi melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/eoperasi menggunakan login id dan password masing-masing mulai 01 Mac 2013 sehingga 20 Mac 2013 seperti jadual dilampirkan berikut ;

3.            Semua Pembantu Tadbir Data Rintis N17 diminta membuat pendaftaran masuk (mendaftar id dan password) ke dalam sistem e-Operasi dengan SEGERA. (SILA GUNAKAN 6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA SEBAGAI NOMBOR GAJI. Contoh No. K.P ialah 781123046678, no gaji sementara ialah 046678). Setelah mendaftar, sila cetak maklumat id dan password anda sebagai ingatan dan simpan ditempat yang selamat (id dan password adalah SULIT). Sila LOGIN semula menggunakan id dan password anda dan gunakan peranan sebagai Pegawai Data Sekolah untuk mengemaskini data. PT Data diminta mengemaskini data peribadi sendiri terlebih dahulu.

4.            Semua Pembantu Tadbir Data Rintis N17 juga diminta menyemak data Subjek Ikut Kelas dalam e-Operasi dan buat kemaskini data tersebut segera. Makluman pihak KPM menyatakan bahawa pihak sekolah belum mengemaskini data tersebut.

5. Sila download untuk surat arahan dan punca kuasa dari KPM- Klik Disini
    

sumber : Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPM