Tuesday 12 March 2013

PERAKUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT GURU / STAF DALAM SISTEM MAKLUMAT ATAS TALIAN e-OPERASI 2013


Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah
Merujuk perkara di atas sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Melaka MENCADANGKAN agar semua pengetua sekolah menengah negeri Melaka mengedarkan Borang Perakuan Pengemaskinian Maklumat Guru / Staf Dalam Sistem Maklumat Atas Talian  E-Operasi 2013 yang dilampirkan kepada semua guru dan staf sebagai salah satu Standard Operation Procedure (SOP) dalam proses mengemaskini data melalui eoperasi. Langkah ini juga dilaksanakan sebagai salah satu cara menggerakkan guru dan staf mengemaskini data operasi mereka sendiri selaras dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia agar 100% guru mendaftar melalui eoperasi. Pengedaran borang ini adalah cadangan USM, JPN dan pihak tuan boleh mengubahsuai borang tersebut bersesuaian dengan sekolah tuan. Borang yang lengkap diisi disimpan oleh pihak sekolah untuk pemantauan dan TIDAK PERLU dihantar je JPN.