Tuesday 29 October 2013

Pengesahan Pelajar ke SBP 2014

Semua Pentadbir Sekolah
Daerah Melaka Tengah

Merujuk kepada perkaradi atas masih terdapat sekolah yang belum membuat pengesahan pelajar ke SBP. Bagi memastikan kelancaran pengesahan ini Tuan/Puan  selaku Guru Kelas dan Pengetua/Guru Besar perlu memastikan tindakan dan peranan Tuan/Puan dilaksanakan sebelum tarikh tutup pelaksanaan ini pada 30 Oktober 2013.

   1   Tindakan Guru Kelas (sekolah rendah Tahun 6 sahaja)

    • Mengemaskini maklumat akademik murid, mengemaskini permohonan yang dikemukakan oleh ibu bapa dan menyerahkannya kepada Pengetua/Guru Besar untuk pengesahan.
   2   Tindakan Pengetua/Guru Besar (sekolah rendah dan menengah)
    • memastikan guru kelas telah mengemaskini maklumat akademik dan menyerahkan permohonan atas talian kepada Pengetua / Guru Besar bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan;
    • melakukan pengesahan terhadap semua permohonan atas talian untuk proses kelulusan bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan.
Jika terdapat sebarang masalah berkaitan perkara ini boleh dimajukan menerusi emel apdm@moe.gov.my atau kpm.kawalan@moe.gov.my atau melalui talian 03-88843680, 03-88843657 atau 03-88849443.