Wednesday 30 October 2013

Pengisian eperlu 2014

Semua Pentadbir Sekolah,
Daerah Melaka Tengah

PELAKSANAAN PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT KEPERLUAN ASAS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2014 MENERUSI E-PERLU

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pengumpulan data dan maklumat keperluan persediaan pembukaan sekolah bagi tahun 2014 akan dilaksanakan mulai 1 hingga 31 Oktober 2013
menggunakan modul e-perlu menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang boleh dilayari menerusi apdm.moe.gov.my atau http://www.sekolahmalaysia.com

3.  Untuk makluman, segala maklumat lanjut dan permasalahan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan En. Mt Saafian bin Kassim di talian 03-32891711 atau emelkan mtsaafien.ppdks@btpnsel.edu.my. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Segala kerjasama, keprihatinan dan keproaktifan tuan diucapkan terima kasih