Sunday 3 November 2013

Penempatan Tingkatan 1 2014

Makluman.
Pengetua dan Guru Besar Daerah Melaka Tengah

Unit Pengurusan Sekolah telah selesai memproses penempatan pelajar Tingkatan 1 2014.

Tindakan Semua Pentadbir Sekolah Rendah:-

Semua surat penempatan boleh dicetak oleh sekolah rendah pada atau selepas 1 November - 9 November 2013. SILA GUNAKAN AKAUN / ID GURU KELAS bagi mencetak surat pelajar. Dalam masa yang sama edarkan juga Borang Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 PMT1 pada pelajar tahun 6 untuk dibawa oleh ibubapa/penjaga ke sekolah menengah. Tarikh pendaftaran ke sekolah menengah bermula dari 11 November - 23 November 2013.

Tiada Rayuan dibuat di sekolah rendah.

Tindakan Semua Pentadbir Sekolah Menengah:-

Diminta semua pentadbir sekolah memuat turun manual pengguna bagi proses pengesahan, rayuan dan pertukaran pelajar ke luar negeri.Ibubapa akan hadir ke sekolah menengah pada tarikh 11 November - 23 November 2013 bagi proses pengesahan pendaftaran pelajar. Pihak sekolah diminta TIDAK MENGUTIP sebarang yuran ketika ini.

Semua proses rayuan dibuat di sekolah menengah. Sila beri kerjasama kepada semua pihak, Semua arahan mengenai keputusan rayuan akan diberitahu kelak dan jangan mencetak atau mengumumkan keputusan rayuan tanpa arahan dari PPD Melaka Tengah. Jangan sesekali arahkan ibubapa datang ke PPD bagi proses rayuan. Semua rayuan harus dibuat di sekolah menengah.

Pertukaran Pelajar Tingkatan 1 ke luar negeri pihak sekolah menengah boleh mengeluarkan Borang Pertukaran Pelajar Jadual Ketiga seperti biasa.

Sebarang masalah mengenai Penempatan Tingkatan 1 2014 sila hubungi Unit Pengurusan Sekolah PPD Melaka Tengah.

Pertukaran Pelajar Tingkatan 1 selepas proses rayuan ditutup hendaklah dibuat 2 minggu selepas sekolah dibuka tahun 2014 dan keputusan kelulusan pertukaran pelajar boleh didapati pada bulan Februari 2014.


Pihak sekolah yang menerima surat penempatan pelajar kelas peralihan sedangkan sekolah tersebut tiada kelas peralihan sila rujuk keputusan UPSR. Jika keputusan Bahasa Melayu Kefahaman dan Penulisan minima C mereka layak ditempatkan ke tingkatan 1. Jika salah satu keputusan kertas Bahasa Melayu gagal iaitu D atau E sila rujuk sekolah rendah mereka bagi menentukan mereka layak atau tidak ke tingkatan 1.

Bagi sekolah yang mempunyai kelas peralihan pula, sila semak sekolah rendah mereka sama ada mereka layak ke tingkatan 1 atau sila rujuk keputusan UPSR.

Proses menempatkan semula ke kelas peralihan akan dibuat oleh PPD Melaka Tengah secara manual. Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi En. Noorsir bin Sarip atau Cik Goh Siew Eng, Unit Pengurusan Sekolah.

Sila muat turun
 i. Tentatif Tindakan Penempatan Murid Tingkatan 1
ii. Borang Rayuan
iii. Pengesahan Tindakan Penempatan Murid Tingkatan 1
iv. Manual Penguna Penempatan Pelajar Tingkatan 1 2014 (Sekolah Menengah Sahaja) 
v. Manual Mencetak Surat Untuk Ke Tingkatan 1(Sekolah Rendah Sahaja)

Harap Maklum.