Wednesday 18 December 2013

Semakan keputusan permohonan sekolah kawalan negeri ambilan Januari 2014 – KRK KAA SMKA dan SABK

Semakan keputusan tawaran berkenaan boleh dibuat mulai tarikh 18 Disember 2013 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi demikian menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
results sekolah kawalan 2014 1 semakan keputusan sekolah kawalan 2014 krk kaa smka dan sabk
SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KAWALAN 2014 KRK KAA SMKA DAN SABK
Menurut pemberitahuan itu lagi, semakan dalam talian (online) adalah melalui laman sesawang (web) di pautan (link) klik http://public.moe.gov.my
Selain itu, semakan keputusan tawaran juga boleh dibuat melalui pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR
Contoh:  MOE SKKAWALAN ZZ0000001 hantar ke 15888
mysms semak sekolah kawalan 2014 semakan keputusan sekolah kawalan 2014 krk kaa smka dan sabk
Sebarang maklumat lanjut adalah sewajarnya dengan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di capaian url http://www.moe.gov.my

Bagi tawaran SMA dalam negeri Melaka sila baca maklumat di bawah:

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Ting. 1 (Aliran Agama) 2014


Cara Semakan keputusan Permohonan:


1] Klik pada banner Sistem e-PERKASA ini atau;
2] Klik Di sini: http://apps.moe.gov.my/espimelaka/eperkasa
Keputusan ini telah boleh diakses secara dalam talian di portal ini mulai 17 Disember 2013. Semua calon yang berjaya juga akan menerima surat tawaran daripada sekolah yang berkenaan.
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan secara dalam talian boleh dibuat selepas minggu kedua persekolahan dibuka kelak. Tuan/ Puan/ calon TIDAK PERLU hadir ke SPI Melaka atau PPD.
Harap maklum.