Tuesday 26 November 2013

KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 1 2014

Semua Pentadbir
Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah.

Keputusan Rayuan Tingkatan 1 2014 secara online boleh dilihat mulai 8 Disember 2013. Namun begitu surat kelulusan rayuan dikeluarkan mulai 6 Disember 2013 oleh PPD Melaka Tengah. Oleh itu diminta pihak sekolah yang terlibat mengarah wakil mengambil surat di Unit Pengurusan Sekolah ( Rendah) untuk mengambil surat tersebut. Jika rayuan tidak diluluskan diminta pihak sekolah TIDAK MENGARAHKAN ibu bapa hadir ke PPD, kerana tiada rayuan kedua. Pertukaran secara manual akan dibuat 2 minggu selepas sekolah dibuka dan kelulusan akan diberi pada bulan Februari 2014.

Sebarang masalah sila hubungi En. Noorsir Bin Sarip/ Cik Goh Siew Eng.

Sekian terima kasih.