Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah
Melaka Tengah
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Diminta bahawa pihak
sekolah menghantar anggaran keperluan peruntukan guru ganti/KGSK tahun 2014 seperti perkara dibawah :
a)
Guru yang cuti bersalin
b)
Guru yang cuti belajar melebihi 30 hari
c)
Guru yang cuti tanpa gaji/separuh gaji melebihi 30
hari
d)
Guru yang cuti mengerjakan haji
e)
Guru yang cuti sakit berpanjangan melebihi 30 hari
f)
Guru yang cuti pelbagai seperti mesyuarat, kursus,
cuti rehat, cuti sakit, cuti belajar – 1-30 hari.
3. Dimaklumkan guru
yang tidak terlibat dalam anggaran ini ialah :
a)
Guru yang telah bersara / meninggal dunia / pool
b)
Guru yang telah berpindah
c)
Sekolah yang kurang guru kerana tiada pengisian perjawatan
d) Guru yang bercuti tanpa gaji / sakit melebihi setahun
4. Sila kembalikan Borang Anggaran Keperluan Guru Ganti melalui
emel upslapor@gmail.com dan faks
atau serahan tangan ke Unit Pengurusan Sekolah (UPS) PPD Melaka Tengah sebelum/pada 31 Januari 2014 (Jumaat). Semua arahan hendaklah dipatuhi tanpa gagal.
5. Sila ikut panduan
seperti contoh yang dilampirkan. Tiada pembekalan
guru ganti diberikan pada sekolah jika gagal mematuhi arahan tersebut. Sebarang
pertanyaan sila hubungi En. Norzufry bin
Ali (Pegawai Khas KGSK) di talian
06-2314504.
Sekian terima kasih