Tuesday, 10 February 2015
Penutupan Laman Web Unit Pengurusan Sekolah
Sekolah Menengah dan Rendah
Daerah Melaka Tengah
Salam 1M
Mulai hari ini laman web ini tidak lagi beroperasi sebagai pengantara antara Unit Pengurusan Sekolah dan Sekolah. Semua pengumuman akan diletakkan di dalam portal rasmi PPD Melaka Tengah. Sila layari dari semasa ke semasa untuk mengetahui pengumuman atau perkembangan unit unit di PPD Melaka Tengah.
Portal PPD Melaka Tengah ialah http://jpnmelaka.moe.gov.my/ppdmelakatengah
Sekian. Terima kasih
Monday, 26 January 2015
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 Pemakaian Baju Kurung Seragam Sekolah
Daerah Melaka Tengah
Monday, 29 December 2014
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
29 December 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Sumber www.moe.gov.my
Tuesday, 23 December 2014
Keputusan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2015 ke SBP dan Sekolah Kawalan
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Ting. 1 (Rancangan Khas dan Kelas Kawalan) 2015
Makluman:
Tarikh Pengumuman/ Semakan: 26 Disember 2014 (Jumaat)
Cara semakan:
1] Melalui Sistem APDM atau di
2] Semakan Online Jab.Pendidikan Melaka
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Ting. 1 (Aliran Agama) 2015
Makluman:
Tarikh Pengumuman/ Semakan: 26 Disember 2014 (Jumaat)
Cara semakan:
1] Melalui Sistem APDM
2] Sistem e- PERKASA
Monday, 22 December 2014
Kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP 2015
Kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP 2015
Sehubungan dengan hal tersebut juga, KPM ingin memaklumkan bahawa kriteria yang akan digunakan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di SBP tahun 2015 menerusi PT3 adalah;
a. Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya enam ( 6 ) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Science dan Mathematics, tetapi tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Punjabi.
b. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kedua-dua ditaksir secara Bertulis dan Lisan. Bagi maksud kriteria pemilihan ke SBP, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan akan dikira sebagai dua pentaksiran berbeza bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
c. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain; dan
d. Untuk Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon wajib memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
Di samping itu, saringan kemasukan juga mengambil kira pencapaian menerusi PS. Manakala penilaian 10% markah kokurikulum adalah melalui PAJSK akan dijadikan sebagai asas skor pencapaian dalam sukan dan kokurikulum serta kepemimpinan. Pentaksiran Psikometrik pula akan digunakan sebagai panduan kesesuaian aliran mata pelajaran serta kemampuan dan minat mereka.
KPM juga mengekalkan aspek merit pemilihan untuk kemasukan ke SBP pada tahun 2015 iaitu dari aspek Akademik, Sukan dan Kokurikulum, Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga dan Lokasi Sekolah Asal murid. Selain kriteria dan merit tersebut, calon mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
Permohonan
Permohonan bagi kemasukan di Tingkatan 4 ke SBP bagi tahun 2015 adalah secara ‘online’ melalui laman sesawang KPM www.moe.gov.my atau http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/ yang akan dibuka bermula 1 hingga 30 Disember 2014. Untuk itu, calon-calon yang memohon untuk masuk ke SBP, boleh mula mengisi secara online pencapaian PAJSK, PS dan Psikometrik pada 1 Disember 2014. Sementara itu, keputusan PT3 yang sebenar boleh diisi bermula pada 22 Disember 2014.
Semakan Keputusan
Semakan keputusan pemilihan dan penempatan boleh dibuat selewat-lewatnya mulai 30 Januari 2015. Semakan keputusan boleh dibuat menerusi kaedah seperti berikut:
a) Laman Web KPM www. moe.gov.my
b) Kaunter BPSBPSK, KPM
c) Talian hotline BPSBPSK, KPM : 03-83217400
d) Kaunter JPN / PPD yang berhampiran.
Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan juga melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Calon-calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan secara e-rayuan di laman web KPM.
Pendaftaran
Setelah mengambil kira Cuti Tahun Baru Cina tahun 2015, maka bagi calon-calon yang berjaya dalam permohonan mereka, Pendaftaran di SBP yang ditetapkan akan bermula pada 23 Februari 2015.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
SUMBER : Kementerian Pendidikan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Fauzan bin Abu Hassan
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Sektor Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-88706278
Faks : 03-88706885
Sumber BERNAMA
Monday, 10 November 2014
Penempatan Tingkatan 1 2015
Daerah Melaka Tengah
Salam Sejahtera dan Salam 1M
Tatatacara Penemapatan Tingkatan 1 2015 Bagi Sekolah Menengah.
Makluman Tuan/Puan
Bagi memudahkan urusan tersebut pihak JPN Melaka membekal 2 borang dan satu jadual tentatif bagi melancarkan pendaftaran tingkatan 1 bagi sesi 2015.
- Sila ikut arahan pada Jadual Tentatif yang diberi. Mohon jasa baik pihak sekolah agar TIDAK MEMBENAR atau MENYURUH ibubapa datang ke PPD Melaka Tengah. Sebarang urusan harus dibuat di sekolah.
- Apabila ibubapa hadir, sila serahkan borang Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 (PMT-1) jika ingin terus melapor diri.
- Jika ibubapa ingin menukarkan anak di sekolah lain sila Serahkan Borang Rayuan Tingkatan 1 (RMT-1).
- JANGAN PROSES ONLINE pada masa itu juga atau dihadapan ibubapa. Ini kerana kemungkinan semasa proses secara online sistem tidak stabil menyebabkan ibubapa menunggu terlalu lama.
- Senarai Sepadu Murid Tingkatan 1 boleh dimuatturun di laman web APDM mengikut ID Sekolah.
1. Jadual Tentatif perkara yang berkaitan dengan Penempatan Murid Tingkatan 1 2015
2. Borang Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 (PMT-1)
3. Borang Rayuan Tingkatan 1 (RMT-1)
Sekian, terima kasih.
Sunday, 2 November 2014
Penundaan Tarikh Bengkel DTP & Dialog Prestasi " Pemantapan Program Melindungi Masa Instruksional [MMI] di Sekolah
Daerah Melaka Tengah
Dukacita dimaklumkan bahawa program DTP Fokus 4 Keberadaan Guru peringkat negeri Melaka ditunda seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 November 2014 (RABU)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Blok C, Dewan Kuliah Titanium, Politeknik Merlimau, Merlimau Melaka
Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap Maaf.
Terima kasih.
HEBAHAN PENGAMBILAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015
Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah
Tuan/Puan,
Monday, 27 October 2014
TAHNIAH KEPADA KPPM KE ATAS PENERIMAAN DARJAH SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG MEMBAWA GELARAN DATO' SERI
Thursday, 23 October 2014
SEKOLAH YANG MASIH BELUM MELANTIK PP1 DAN PP2 PBPPP 2014 SEHINGGA 22.10.2014
Semua Pentadbir,
Daerah Melaka Tengah.
Mohon jasa baik sekolah yang terlibat seperti di bawah sila ambil tindakan segera:
1. SK Kerubong
2. SK Paya Rumput
3. SK Kampung Tun Razak
4. SK Tanjung Minyak
5. SK (P) Methodist 2
6. SJKC Siang Lin
7. SJKC Ek Te
8. SJKC Pay Hwa
9. SJKC Cheng
10.SJKT Paya Rumput
11.SMK Tun Haji Abdul Malek
Peringatan Akhir Pengesahan Permohonan Sekolah Kawalan 2015
Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah.
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Pengesahan Permohonan Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas, Kelas Rancangan Agama, Sekolah SABK dan SMKA.
Mohon jasa baik pihak sekolah yang tersenarai di bawah agar mengambil tindakan segera sebelum 22 Oktober 2014. Sekolah berikut ialah:-
Thursday, 16 October 2014
Bengkel DTP & Dialog Prestasi " Pemantapan Program Melindungi Masa Instruksional [MMI] di Sekolah
Daerah Melaka Tengah
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah, PPD Melaka Tengah telah diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk melaksanakan DTP Fokus 4 iaitu Keberadaan Guru Di sekolah peringkat negeri Melaka.
Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengadakan bengkel dan Dialog Prestasi tersebut yang melibatkan jemputan yang terdiri dari GPK Pentadbiran Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Melaka Tengah pada ketetapan berikut:
Tarikh : 6 November 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Blok C, Dewan Kuliah Titanium, Politeknik Merlimau, Merlimau Melaka
Bersama ini disertakan surat dan tindakan sekolah untuk dimuatturun.
Sila klik : Surat Panggilan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah
Sila klik : Surat Panggilan GPK 1 Sekolah Menengah Daerah Melaka Tengah
Sekian, terima kasih.